Almost 1am. Masih berada di cc walaupun mata minta di tutup. Entah mengapa hati aku benar2 terusik dengan mereka. Luka hati aku masih belum sembuh namun di tambah lagi dengan luka yang baru. Ibarat kaca yang retak dan di tampal semula namun kesan keretakkan itu pasti jelas dan kekal selamanya.
Pilu. Jiwa benar2 tak tenang biarpun Ramadhan masih menyapa manusia untuk tahun ini. Isnin 14 Sept akhirnya tercapai jua hasrat hati untuk terawih di masjid negara biarpun cuma satu kali. Semalam penat teramat dan hari ini aku di basahi hujan sepanjang perjalanan pulang. Tatkala samapi di parking motor, azan maghrib berkumandang. Emmm..tak sempat sampai rumah untuk berbuka
Aku masih tiada selera makan. Semalam dan malam tadi aku tiada selera untuk menjamah walau sebutir nasi. hanya air dan roti yang dibeli di kedai runcit menjadi hidangan berbuka. Sejak Jumaat lepas hingga hari ini hanya 2kali aku beli nasi untuk berbuka, tapi dimakan waktu sahur itupun sebab tak nak membazir.
Entah apa yang mengganggu emosi aku... Tiada senyuman untuk orang sekeliling untuk 2 hari ini Dia benar2 mengusik jiwa aku. Kenapa masih ada manusia seperti dia? Bukan bermakna aku adalah yang terbaik, namun emosi aku benar2 terluka yang aku kira amat sukar untuk sembuh. Hinggakan aku boleh lafazkan dalam hati yang aku tak akan maafkan orang itu. Maaf masih ada untuk dia sebab dalam hati aku ada sedikit ruang untuknya atas dasar niat yg pernah dia berkongsi cerita dengan aku suatu ketika dulu...
Laparnya, tapi tak tahu nak makan apa balik nanti. Selimut dan tilam itu lebih enak barangkali...? Rasa marah, kecewa masih belum ingin pergi dari hati ini namun ila minta maaf *** **. Mungkin sebab ila terlalu mengikut emosi dan mungkin juga sebab perasaan ***** itu wujud di sini. Pulang dulu.