Thursday, October 29, 2009
Ada ketikanya, aku ada terbau sesuatu bila aku atau dia duduk berhampiran. Bukan bau perfume, bedak ataupun sabun tetapi sesuatu yg segar tapi aku tak tahu apa...aku akan simpan wangi bau itu dalam ingatan selagi hayat masih ada
.
Bagai dia tahu apa yg berlegar dalam kepala aku, barangkali juga dia membaca daripada tindak tanduk perlakuan aku agaknya. Bak kata pujangga; insan bernama lelaki ini cukup pandai bermain kata, berpuitis dan penuh romantik bila mereka sudah jatuh cinta. Segalanya bagai menjentik2 hati mereka yang lemah dan tulus.
Aku....sentiasa beringat diri dan sedaya upaya menolak jauh semua itu biarpun riak wajah aku mempamerkan segalanya...Agaknya itulah penangan orang spiritual,yang amat mudah untuk mereka membaca reaksi muka aku secara spontan.
Shah Alam hujan dalam pukul 4 petang tadi. Lebat.
Amat nyaman dan segar untuk aku yg mmg sukakan bau hujan. Balik ke rumah dalam hujan yg agak lebat, namun di pertengahan jalan sebelum sampai KL, hujan tidak ada langsung, dan jalan raya kering..Hujan atau tidak, aku tetap kuatkan semangat untuk sampai ke destinasi yang dituju biarpun setiap hari aku kesejukan di sapa bayu angin...
Untuk sekian kalinya, aku benar2 teringin untuk ke sana...entah bila rezeki aku akan datang...
Lagaknya bagai anak kecil yg ingin bermain dan bermanja...itu antara yang membuatkan aku suka melayan karenahnya...
Tidak lebih dgn orang lain, namun agak berlebihan dgn aku. Tidak mengapa, aku izinkan.
24 Oct 2009 SAT
Kenduri housemate di Jengka 17.
Kemudian aku terus pulang ke kampung bercuti 4 hari untuk menenangkan fikiran. Minggu depan aku cuti lagi 2 hari. Mengambil cuti untuk melarikan diri sebentar daripada beban kerja, walaupun kerja itu memang aku kena buat.
Hari demi hari seorang demi seorang housemate berpindah, rata-ratanya berkahwin dan mencari rumah lain.
Memang terasa kelainan yg amat sangat. Sunyi. Sepi.
Bagai hilang sesuatu yg pernah wujud 2 tahun yang lepas di rumah itu. Hati aku menangis, pilu. Bagai terasa aku pun ingin keluar dari rumah itu supaya segala kenangan itu berlalu pergi. Jauh dari hidup aku...
Posted at 08:17 pm by iLaJauhari
Permalink
Wednesday, October 07, 2009
Masih online walaupun embun pagi begitu sejuk. Inilah aku jika sudah mengadap internet, mata memang terbuka luas biarpun badan aku sakit dan tak cukup tidur.
Seketika membelek internet untuk mencari lokasi kursus pada 7 dan 8 Nov nanti di Intekma resort Shah Alam serta Yayasan Restu untuk kelas lanjutan ahad ini... Aku masih tiada kesempatan untuk menjelajah mencari tempat tersebut sebelum tarikh yg termaktub.
Minggu ini agak tenang untuk aku. Barangkali setelah aku bercuti ke rumah Mak Long di Melaka. Sudah bertahun aku tidak ke rumahnya, terasa asing juga untuk berinteraksi. Terima kasih untuk makanan yang sedap2 serta duit raya yg begitu banyak untuk aku yg seusia ini. Berjalan seketika mengambil angin di tepian pantai memang mendamaikan. Terasa begitu luas dunia ini...bau laut dan tiupan angin laut membawa segala kenangan yg pernah bertamu di hati...Aku pasti pergi lagi ke mana sahaja selagi ada pantai yang wujud di muka bumi ini...
Pulang dulu.
1:21am
Posted at 01:09 am by iLaJauhari
Permalink
Thursday, September 17, 2009
Almost 1am.
Masih berada di cc walaupun mata minta di tutup. Entah mengapa hati aku benar2 terusik dengan mereka. Luka hati aku masih belum sembuh namun di tambah lagi dengan luka yang baru.
Ibarat kaca yang retak dan di tampal semula namun kesan keretakkan itu pasti jelas dan kekal selamanya.
Pilu. Jiwa benar2 tak tenang biarpun Ramadhan masih menyapa manusia untuk tahun ini. Isnin 14 Sept akhirnya tercapai jua hasrat hati untuk terawih di masjid negara biarpun cuma satu kali. Semalam penat teramat dan hari ini aku di basahi hujan sepanjang perjalanan pulang. Tatkala samapi di parking motor, azan maghrib berkumandang. Emmm..tak sempat sampai rumah untuk berbuka
Aku masih tiada selera makan. Semalam dan malam tadi aku tiada selera untuk menjamah walau sebutir nasi. hanya air dan roti yang dibeli di kedai runcit menjadi hidangan berbuka. Sejak Jumaat lepas hingga hari ini hanya 2kali aku beli nasi untuk berbuka, tapi dimakan waktu sahur itupun sebab tak nak membazir.
Entah apa yang mengganggu emosi aku... Tiada senyuman untuk orang sekeliling untuk 2 hari ini
Dia benar2 mengusik jiwa aku. Kenapa masih ada manusia seperti dia? Bukan bermakna aku adalah yang terbaik, namun emosi aku benar2 terluka yang aku kira amat sukar untuk sembuh. Hinggakan aku boleh lafazkan dalam hati yang aku tak akan maafkan orang itu. Maaf masih ada untuk dia sebab dalam hati aku ada sedikit ruang untuknya atas dasar niat yg pernah dia berkongsi cerita dengan aku suatu ketika dulu...
Laparnya, tapi tak tahu nak makan apa balik nanti. Selimut dan tilam itu lebih enak barangkali...?
Rasa marah, kecewa masih belum ingin pergi dari hati ini namun ila minta maaf *** **. Mungkin sebab ila terlalu mengikut emosi dan mungkin juga sebab perasaan ***** itu wujud di sini.
Pulang dulu.
Posted at 12:59 am by iLaJauhari
Permalink
Thursday, September 10, 2009
Majlis berbuka puasa di Seksyen 20 Shah Alam...
Majlis kecil-kecilan yang dianjurkan sesama sendiri opismate..terkenang zaman belajar dulu mesti ada annual dinner tiap tahun.
Mungkin ini salah satu kenangan yang aku akan ingat untuk mengisi kekosongan hidup aku suatu hari nanti, untuk dijadikan kenangan terindah bersama-sama kawan-kawan. Biarpun tak semua yang dapat hadir dan ada yang tarik diri di saat akhir, namun majlis tersebut berjaya untuk mengeratkan sillaturahim antara kami semua. Amin...
Aku balik dengan komuter tadi. Thanx Yazid, best naik kereta Saga merah tadi 
Terima kasih juga untuk dia yg buat aku tersenyum petang tadi di kala jiwa aku tak tenteram...emmm? 
Pulang dulu
11:57pm
Posted at 11:49 pm by iLaJauhari
Permalink
Saturday, August 22, 2009
Posted at 05:21 pm by iLaJauhari
Permalink
Saturday, August 15, 2009
Sepetang di Perdana Varsity...
Sekitar jam 3 lebih...
Buat pertama kalinya setelah aku berhenti kerja dgn DSS dulu, aku kembali lagi menghirup udara segar di sekitar KPS. Hasrat sebenarnya ingin ketemu dgn pakchik, share partner boss aku dulu. Lama juga aku tak jumpa pakchik sejak aku berhenti kerja dulu hinggalah sekarang.
Tujuannya hanya satu, untuk baiki handphone aku yg dah tak betul tu. Nampaknya aku terpaksa off no yg aku guna skrg ni. kedatangan aku disambut serta dgn seorang kenalan pakchik. Kami makan di gerai ayamas di hari terakhir pesta konvo berlangsung. Rindu betul aku pada suasana masa aku kerja dulu.
Pesta konvo? Emmm...tak semeriah macam suatu ketika dulu...entah mana hilang serinya. Kecewa juga aku melihat keadaan itu. Tiada lagi suasana yg meriah dulu...Yg pasti aku rindu sangat pada suasana lepas. Tempat dimana semua kenangan lepas bermula. Sekurang2nya rindu aku terubat petang tadi.
Lewat petang tadi hujan renyai turun sebelum aku meninggalkan tapak gerai. Hasrat hati untuk bertemu Zue, bekas housemate dulu tak kesampaian. Begitu juga hasrat aku untuk mencari mask untuk digunakan pada pesta konvo adik aku pada minggu depan...mungkin esok?
Sebentar tadi melihat wajah teman lama....sue ila.
Rindu sangat aku pada dia ni yg sama2 naik basikal sewaktu belajar di Bukit Sentosa dulu. Bak katanya dalam facebook..."i cant make long distance frenship..." sedih aku dengar...di mana lah dia skrg kan? Bukan tak nak hantar mesej padanya, tp hati aku masih belum berjaya aku pujuk...entah kenapa.
Menulis blog ni sambil dengar background song Bluehikari jurnal mmg mendamaikan. Boleh membawa minda aku jauh merata2 seluruh alam...rindu pada saat2 aku mencari kekuatan pada blognya suatu ketika dulu. Aku pinjam kekuatan daripadanya untuk aku lebih berupaya berdiri di muka bumi indah ciptaan tuhan ini...
Emmm...aku ingin ke sana suatu hari nanti..kemana? Adalah tiga tempat itu... 
Terima kasih pakchik untuk lunch tadi...
Berangkat pulang dulu...11.49pm
Posted at 11:29 pm by iLaJauhari
Permalink