 |
Saturday, June 27, 2009
Minggu ni memang memenatkan sangat. Entah kenapa...badan terasa letih teramat sangat dan kerja harian banyak yang tertangguh...
Rabu 24 Jun 09 Entah apa yang dia angin dengan aku hinggakan dia tinggikan suara dan marah aku. Emm...aku berjaya buat dia marah dan tak dapat kawal emosi?  Tahu apa maknanya? Dulu2 kan aku rajin membaca tentang perlakuan manusia yang aku kira kalau aku amik side course ni dulu pasti aku terror untuk menganalisis makhluk bernama manusia ni...huhu Tahu apakah maknanya jika kita berjaya buat seseorang itu marah? Dari apa yang aku baca dan ingat, orang itu berjaya mengawal orang yg marah itu. Dan kepala aku akan terus berfikir lagi jauh dpd ayat tersebut...emmm, yang ni tak boleh tulis sembarangan,...
Dan malam tu aku balik lewat sangat almost 9.30pm baru sampai rumah dengan keadaan alam yang dibasahi hujan termasuk diri aku sendiri yg basah dengan air mata. Malam itu aku tak dapat tido dengan tenang.dan mata aku bengkak dgn teruk sangat pada keesokan harinya...emmm, pandai pulak dia tanya apsal muka aku toya...aku pun tak tahu apa itu toya...
Semalam...Jumaat 26 Jun 09 Hari hijau...untuk jantung... Dia punya itchi datang lagi...pasal apa tah..datang bulan kot? huhu...huahua  Cuit sana cuit sini...ishhh apasal eh dia camtu? Sumthin' wrong with him ka? Atau nak duga aku? Atau memang nak manja2 sama amoi yg sorang nih? Haiya...tau la kita berdua ada darah keturunan cina kan... Ke dia nak xxxx aku? Haiya...aku ingat la, there's sumthin' inside his brain la...but dunno wat..aku sedang buat reasearch ni, tp sikit2 la, sb tak punya banyak masa nak godek internet skrg ni. Arrr..banyaknya aku melalut pasal dia kan? Kakak aku pernah cakap tak baik syak wasangka kat orang...tp aku rasa tak salah kalau kita nak tahu sebab atas sebab kan? Yang pasti susah nak baca dia yg sorang ni...apasal ek?
Sabtu 13 Jun 09 Berkampung di KLIA selama beberapa jam. Pesawat ke Melbourne berlepas pada jam 9.30pm waktu tempatan. Kepenatan aku mengangkat beg2 adik aku yang berat dari Jakarta masih belum reda ketika itu. Adik aku yang sorang ni balik 3hari jer pastu terbang pulak ke Aussie...huhu tahun ni 2 orang adik aku tak balik raya..tak seronok rasanya. Tapi yg sorang ni mmg tak pernah balik raya sejak 3tahun lepas lagi. Aku? Heh, aku suka pergi melancong cuma faktor kewangan je yang tak mengizinkan. Jika tak, dah lama aku jelajah seluruh dunia ni...bila agaknya aku nak sampai ke Al Hambra yer? 
Tapi lepas balik dari KLIA tu aku demam malam tu gak dgn kepala yg sakit, badan panas dan sakit tekak tapi tak batuk. Gejala H1N1 ka? Emmm...demam cuma 2hari je, sakit tekan dan sakit kepala je yang berlarutan seminggu pastu dah ok. Apa taknya aku tiap hari minum air garam kasi badan pulih semula....
Aku lapar...kena makan kejap lagi. Esok nak kena mandi ais, bagi badan segar dan ada tenaga  Pulang dulu.
Posted at 10:18 pm by iLaJauhari
Permalink
Sunday, June 07, 2009
Hari yg penuh dengan kepenatan...
5.25 pm... Baru lepas keluar makan dengan mamat sebelah rumah. Aku paksa gak untuk makan walaupun aku dah kenyang dan tekak aku bagai menolak2 makanan untuk keluar semula. Biasalah perut aku mana boleh terima makanan kalau masih kenyang. Tapi bagus gak, malam nanti tak payah makan dah...nanti perut boyot..huhu
Sebentar lagi kena keluar, hantar motor ke Bangi. Alahai adik aku yg sorang ni, beli motor yg baru pulak. Aku baru nak santai2 sambil baca buku untuk interview nanti, dah kena kacau pulak...
Apa nak buat ek, aku dah suka sangat kat dia...ishhh camne nak buat ni. Aku tahu dia tahu yang aku suka kat dia...alamak camne nak buat ni...kalau bujang takpe, ini dia dah kawen mmg akan ada masalah nanti..
Nanti sambung lagi, nak kena keluar dah ni...
Posted at 05:15 pm by iLaJauhari
Permalink
Sunday, May 31, 2009
Petang ahad yg nyaman….
Lama betul aku tak online, terasa macam ketingggalan banyak perkara dalam hidup ni. Buka Friendster, belek2 wajah kawan2 lama, terasa rindu pulak. Kenangan lepas pun mula bertandang dalam ingatan. Masing2 ada perubahan tapi aku? Macam ni la sejak dulu tiada apa yg menarik tentang aku melainkan aku fikir nak kerja dan kaum keluarga. Yang lain2 banyak aku ketepikan hinagakan perkara penting untuk diri sendiri pun aku campak entah kemana. Salah aku juga barangkali, terlalu banyak berfikir. Agaknya inilah akibatnya bila aku mencabar hukum alam, hukum yg telah tuhan tetapkan.
Sekarang baru aku tahu erti kesunyian bila semua kenangan lepas tak boleh aku bawa hingga ke kehidupan sekarang, Emmm, aku malas nak ungkitkan isu ni, aku boleh jadi ralat pun ada. Hidup aku bukan macam kebanyakan orang lain yg normal. Terasa abnormal tapi tak tahu kat mana silapnya. Ikutkan hati aku nak je lari jauh2 dari semua orang, duduk atas gunung ke…tapi aku teringin nak duduk bawah air terjun yg dingin, pasti seronok kan?
Agaknya apa sebenarnya yang aku nak ye? Adakah semua ni bermula pada 2004 yg lepas hinggakan aku tak berhenti mencari diri sendiri sampai sekarang? Pencarian yg tak pernah kenal erti jemu hinggakan aku tertinggal perkara penting dalam hidup. Apa masalah sebenarnya ye? Emmm…
28 May 2009 Thur… Hari Kuning…kuning warna diraja. I luv yellow so much!!! Aku tak tahu apa yg dia fikirkan. Dia tahu sesuatukah? Entahlah susah nak elebrate apa yg tersirat dalam dirinya, dalam kepalanya dan dalam hatinya. Aku pasti itu bukan dirinya yg sebenarnya. Emmm…kenapalah baru sekarang aku jumpa dia, kenapa tuhan temukan aku dengannya pada masa sekarang, bukan sejak dari dulu? Terasa macam tuhan nak aku tahu dan belajar sesuatu daripada dia. Aku tak tahu sebab apa, kenapa dan macam mana ianya boleh terjadi dan wujud tapi yg pasti I luv dis guy so much! Dia punya energy macam seolah2 menarik energy aku dan pada jangka waktu yg lama, pasti aura kami bersatu. Dan apabila itu berlaku, aku percay bahawa aku menjadi sebahagian dpd hidupnya dan dia adalah sebahagian dpd hidup aku. Segala2nya pasti tersemat dalam 1 energy yg sukar untuk dipisahkan biarpun secara fizikalnya terpisah jauh. Connection emosi tetap ada, gerak rasa hati tetap wujud dengan adanya pergerakan gelombang di muka bumi ini.
Ya Allah ya Tuhanku…tuhan sekalian alam, Ya Rasullullah…tunjukkan jalan yg benar untuk diri aku, apakah perasaan ini untuk seketika atau ianya mmg pasti menjadi milik aku? Jika bukan milik aku bawalah perasaan ini dalam landasan yg betul supaya aku tidak kecewa dan hampa suatu masa nanti. Aku tahu dia memerhati bila aku tidak pedulikannya. Dia tahu bila masa aku membawa diri, dia tahu bila ada sesuatu kelainan pada diri aku, dia dapat agak apa yg bermain dalam kepala aku, pendek kata segalanya dia boleh baca tingkah laku aku. Sebab itu ada ketikanya aku menjadi takut dengan permainan emosi seorang manusia 
Entah la nak cakap macam mana, yang pasti aku sayang dia , sejak bila tak tahu la. Tapi aku tahu dia dapat merasai apa yg aku rasa seperti yg aku bagitahu, connection emosi itu ada antara aku dan dia, cuma dia tak tunjukkan melalui dirinya yg sebenarnya je, hanya dia bercakap melalui ayat2 yg aku sangat tahu ayat di mulut sahaja bukan dari hatinya…Sesetengah ayat yg keluar dan perlakuan dirinya menggambarkan emosinya. Entah macam mana aku tahu tapi aku dapat rasakannya…
Banyak lagi aku nak perkatakan tapi entah hari ni cam nak cerita banyak tentang dia sebab semalam tengok gambar2 dia, huhu…dia betul2 ada tarikan cherry blossom bak kata Dr Suria tempoh hari…Sebelum Dr Suria bagitahu pun mmg aku dah tahu tentang tarikan yg dia ada. I luv him so much…Agak2nya dia tahu ke? Haha...Arrhhhhh……… _________________________________________________________________________
Thur evening… Emmm, aku kena lagi. Dah agak dah bila dia ajak duduk dekat, kejap lagi mmg kena la aku. Tapi aku tahu bila dah lama tak cakap2 dengan dia, pasti dia ajak duduk dekat bila ada sesuatu yg tiba2 aku tanya padanya. Aku senang bila begitu tapi aku tahu ada sesuatu dlm kepala dia tp aku tak tahu apa dia...susah betul nak baca dia. Apasal ek? _________________________________________________________________________
2.08pm…aku perlu pulang. Mesti beli makanan untuk lunch kejap lagi. Pagi tadi masa mandi aku tengok ada lebam kat peha kanan aku. Aku ada terlanggar sesuatukah? Tak ingat pulak aku…nak kata lebam kena cubit, tak la kuat mana pun dia cubit hari tu. Aku belek kat pergelangan tangan takde pun lebam yg dia cubit, jd lebam kat peha aku tu mesti aku ada terlanggar sesuatu yg aku tak sedar…langgar meja atau besi motor aku agaknya… Tapi apasal dia suka cubit aku hah?  Aku nak marah dan cubit dia balik tak sampai hati, nanti dia terasa walaupun dia tak tunjukkan, tapi aku tahu ada ketikanya dia terasa dengan aku. Haiyo…takpe2, aku redha atas niat aku dan atas niat dia yg pernah dia share dgn aku dulu..lagipun perkara kecik je, kan? Kan xxx kan,kan? Apa salahnya sekali sekala xxx xxxxx2 xxx xxxx kan? Hehe..huk huk...
Berangkat pulang dulu….Laparnya, nyum..nyum..nak makan apa ek? 2.31pm
Posted at 02:23 pm by iLaJauhari
Permalink
Wednesday, April 29, 2009
Last wedn, 22nd Apr 09 interview with xxx. Huh..everything not so good on that evening. I'm fail? Mana ada, aku bukan fail, cuma tak confident with myself aje. So..i need, I must, I do; go forward for my next intvw but I dunno when la…hopefully 1 or 2 month more.. huhu J
Last Friday 24th Apr 09, my boss an panggil kami bertiga…sape lagi kitaorang anak buah dia la. Berkampung selama sejam setengah in six sigma room. Alangkah bagusnya kalau itulah dia yg sebenarnya, jika dia present tiap hari depan aku macam tu. Katanya dia akan ubah style lepas dpd hari tu, tapi takde pun, macam biasa je. Tapi masih mengelirukan aku sebenarnya..Bersemangat sikit aku lepas hari tu. Tapi entahlah sejauh mana semangat jihad yg pernah diperkatakannya pada aku suatu ketika dulu. Agaknya ini salah satu ujian untuk dirinya sejajar dgn nawaitu di hati, kan?
Today is 28th April 2009 Tuesday
Emmm..today I feels like cheery blossom lor… itu my xxx main cuit-cuit lagi, aduss his 'itchi' coming again la. Ada ke patut dia cakap macam tu dgn aku. Crazy guy..tangan tak boleh duduk diam. Dengan orang lain tak berani nak buat…why me?? Aku fikir dia nak xxxxx2 kot…tak gitu? Takpe, pasni aku nak tgk kitaran harian dia, ada tak keluar pola itchi tu…
Pastu ada la sorang manusia ni suruh kitaorang pakai baju kaler light blue @ cyan tiap hari? Taulah itu kaler favorites awak, tapi dat color can makes my body uncomfortable. Badan aku perlukan pelbagai warna berbeza tiap hari supaya aku boleh stabil emosi dan fizikal disamping selari dgn alam. Ala, ini kalau aku explain pd dia bukannya dia faham pun..ye tak? Bila aku suruh belikan baju untuk aku, tak nak pulak dia…tau takpe, kalau tak haru je aku kena pakai baju kaler sama tiap hari mesti aku boring tahap tenuk punya..
Sejak kebelakangan ni terasa cam artis pulak. Mula2 aku tak perasan, macam biasa buat tak reti dgn orang sekeliling. Tapi lama2 baru aku tau diaorang sorak kpd aku..tak tau pasal apa, biarlah kalau itu boleh meredakan tekanan kerja mereka2 yg dipenuhi bunyi bising.
Cerita hari Merah hati 18/4/09
Location: Kajang, tempat melepak cam biasa. Transport: Komuter and kaki aku yg cantik pemberian kekasih hati
Warna baju: Merah hati la…kan hari merah hati.
Berbicara 4 mata dgn uncle. Berbicara ttg kursus di Tadisma Biz Center tempoh hari. Uncle tanya pendapat aku ttg kursus tersebut dan perbezaan antara doctor di sana dgn dia etc
Lagi… Aku: "Uncle tolong tgk kan tangan saya nie knp alergi bila saya makan, bukan semua makanan tp adakala tangan naik bintik halus dan gatal sikit"
Seketika lepas uncle check…
Uncle: "Tak boleh makan makanan yg ada pengawet. Megi jgn makan"( hehe..cam tau2 je aku selalu makan megi..) "Ini kena makan makanan anak orang kaya je…" sambungnya lagi.
Aku: Tersenyum lebar tanpa nampak gigi… sebab dalam kepala aku masa dia cakap camtu hanyalah ttg susur galur keturunan aku je, dimana aku mendapat lebih dpd adik beradik aku yg lain..ini aku rasa jela sebab dlm graf morformatik tu, hanya aku ada main structure Sun.
Aku: 'Tapi sebelum ni ok jer, makan apa pun takde masalah"
Uncle: "Yelah, tapi umur dah meningkat" Aku: Betul jugak ek..(dalam hati)
Banyak lagi yg kami berbicara. Ada yg aku tak boleh nak tulis secara umum sebab melibatkan peribadi aku dan dia. Biar ianya kekal dalam memori aku saja. Aku bersyukur sangat sebab perancangan tuhan itu betul2 hebat. Aku selalu teringat cara mula2 aku kenal uncle. Dalam keadaan aku sebegitu, dgn hati aku nak sangat sesuatu barang tu, dan tuhan temukan aku dgn barang yg aku nak tu, tp ditemukan terus dgn orang yg baik hati dan memahami, hinggakan hati aku menular terpaut pada semuanya. Hingga aku keep in touch dgn dia sampai sekarang, makan bertahun2 juga. Maaf uncle, saya manusia biasa je. Dan saya tahu saya tak sepatutnya jd sebegitu. Camne nak elak dpd semua ni? Maaf ye uncle…
Ikutkan hati tiap minggu aku nak ke sana. Bila ingatkan apa yg dia cakap tu, aku segan sangat. Siapalah aku ni kan sampaikan akal aku terlalu jauh menyimpang. Dan bila ingat perkataan lain itu, aku tersenyum sendiri dan tergelak. Dia tahu ttg aku luar dalam. Tak mengapa, aku izinkan…
Penat tau jalan kaki dari stesen komuter tu ke klinik uncle…tapi aku suka ke sana dan jgn tanya aku apa yg seronok sebab aku tak dapat nak terangkan dgn kata2.
Cerita hari permulaan hari 26/4/09 Venue: Crown Plaza Mutiara Hotel KL Time: 8am to almost 11pm..very tired on dat day
Transpot: Bus RapidKL, monorel and Kereta Naza milik Kak Imah yg cantik.. Warna baju: Sepasang hitam dgn selendang putih.
Aku tiba lewat, around 9.20am. Pakai baju belah tepi jarang gile kain dia pulak tu, kepunyaan Zaity. Hehe…semua pakaian aku di sponsor tau! Kain pulak Sya yg sponsor dan selendang kepunyaan Nurul. Selain dpd tu adalah kepunyaan aku.
Emmm…banyak yg hendak aku ceritakan Cuma apa yg aku nak cerita kat sini ialah tentang upacara Knighthood yg berlangsung pada pukul 5pm to 7.30pm.. Terasa berada pada zaman Epik Inggeris jer..terasa cam berada dalam church pun ada gak, tapi yg pasti hati aku cukup gelisah masa tu. Ada gambar mendiang Sir Anton, siap dgn bunga2 sekelilingnya termasuk dgn 2 batang lilin, lengkap dgn sebilah pedang. Pertama kali dalam hidup aku tengok upacara itu. Bagi aku itu kepercayaan masing2 takde salahnya pun. Yg penting iman mesti kuat, niat kena betul. Sekurang2nya aku dapat pengalaman malam tu.
Cerita ttg penomboran ketika kelas lanjutan oleh Dr Suria pula mmg menarik. Aku menuntut janji dimana dia akan berikan nota yg lengkap pada mereka yg hadir pada kelas petang itu..emmm, dapat lagi ilmu tuhan. Dan bukan senang untuk membuka dan mendapat rahsia ilmu tuhan itu, pelbagai ujian dan cabaran yg terima dan akan terima nanti.
Majlis diakhiri dgn makan malam. Terima kasih kak imah hantarkan balik pada saya yg takde kereta buat masa ni. Kak imah yg sorang ni bak cherry blossom, pertama kali aku jumpa dia pun aku dah terpesona, cantik orangnya. Kenapa agaknya tuhan temukan aku dgn dia ye? Dan dgn seorang lagi, Dr Zaharah from Cheras…Dia nak aku belajar apa ye? Ada kena mengena dgn masa depan akukah? Takut aku nak tanya tentang masa depan aku, susah aku nak terima hakikat….
Sekarang nak sambung buat improvement, dgn mata yg dah mengantuknya..For u my bro, i need, I must, I do….and of course for myself!
Posted at 10:02 pm by iLaJauhari
Permalink
Saturday, April 11, 2009
Rahsia disebalik Rahsia...
Sudah seminggu berlalu kursus yg aku hadiri pada minggu lepas. Pelbagai perkara baru yg aku pelajari di sana. Seronok juga bila dapat ilmu baru. Tp pesanan Prof kalau niat kita kecil maka kecil lah ujian2 yg datang..dan jika niat besar, maka ujian n dugaan yg hadir juga besar.
Mungkin ada benarnya kerana dalam masa 4 hari je terasa betapa panasnya rumah yg aku duduk skrg..biarlah aku je yang tahu tahap panasnya keadaan diantara waktu aku belajar di kursus itu.
Namun ada satu yg aku rasa aku dah buka rahsia yg sepatutnya menjadi rahsia kerana kejadian itu masih belum berlaku lagi di alam nyata ini. Dan apabila itu berlaku, yg menjadi rahsia itu sudah diketahui umum, maka rahsia itu tidak akan menjadi kenyataan. Emmm...silap aku. dan akan aku jadikan pengalaman supaya kejadian yg sama tidak berulang lagi pada masa akan datang nanti. ------------------------------------------------------------------------------------------ Petang tadi aku baru balik dari rumah sepupu. Majlis kenduri kawen cucu pertama nenek n atuk aku. Pecahlah rekod dimana sepatutnya aku yg kawen dulu sebab umur dah meningkat tapi calon yg sesuai masih belum ada...huhu. Yelah nak buat camne dah aku asyik tertarik pada mereka2 spesis itu je...maklumlah aku ada number 72 dalam segitiga kedua aku. Patutlah aku hairan kenapa selama ini aku hanya tertarik pada mereka ini saja...
Tak mengapa, aku cuma try n error je...yg lain itu kerja tuhan, biar dia hantar seseorang yg boleh layan kepala aku ni. Bak kata uncle, carilah...biar hati tenang, tak stress...aku tersenyum je tapi aku gelak dalam hati dan bertanya kat mana aku nak cari? Bukannya ada kat pasar tani atau pasar lambak kan?
Esok ada game kat kilang...dicalonkan oleh bos untuk main congkak. Emmm, nampaknya tak dapatlah aku nak pergi masjid negara minggu ni. Mungkin minggu depan kalau berkesempatan. Nak plan pergi rumah Mak Long lagi nanti..nak siapkan diri untuk interview dgn ceo lagi bulan ni, nak hantar surat dan ambil gambar kat S13 lagi dan byk lagi...tak terkejar rasanya. ------------------------------------------------------------------------------------------ Entah mengapa aku jadi cam orang tak betul sejak 2 hari ni. Geram dgn seseorang hinggakan dia pun jadi mangsa. Apa nak jadi jadilah...aku sedar aku siapa berbanding budak 2 org tu. Yg pasti aku masih belum dapat mencari siapa diri aku. Terasa terumbang ambing sangat skrg ni. Dia yg berjanji dgn aku akan bersembang dgn aku tak pernah nak tunjukkan kesungguhan dpd kata2 dia...kalau dah dasar lelaki, mmg begitu agaknya kan?
Emmm...knp aku marahkan dia agaknya? Marahkan Ahira yg menjadi mangsa kemarahan yg sepatutnya ditujukan pada orang lain. Urrghhh..dia yg tak boleh nak fahami hati orang lain ttp masih berkata 'aku tak faham la..' Aku senang je, tak payah nak faham2 sb ko mmg tak boleh nak memahami perasaan orang, dah dilahirkan sebegitu...
Mungkin sebab kerana yg itu? Malunya aku jika dia ada 6 sense...pasti tahu apa hati aku berkata2...rasa macam nak tutup muka dgn baldi jer...huk, huk..
Hari mendung sejak daripada tengahhari tadi hingga maghrib ini...Aku kena pulang dulu. Malam ni kena mandi ais, biar tenang kepala aku yg agak berserabut sejak seminggu dua ni...
Berangkat pulang dulu...
Posted at 07:04 pm by iLaJauhari
Permalink
Sunday, March 22, 2009
Baru balik dari Shah Alam mencari tempat kursus pada 4 dan 5 April nanti. Perjalanan yg jauh namun memuaskan hati bila tahu jalan2 sekitar bandar Anggerik itu. Berbekalkan motor adik aku dulu tu aku akhirnya berjaya mencari tempat yg ingin dijejaki. Emmm, banyaknya jasa motor tu kan? Jika dulu ia telah berjalan sekitar Bangi, Serdang, Kajang dan Putrajaya hinggalah ke Nilai sebelum raya haji tahun 2008 yg lepas. Dan kini ia menjelajah pula ke Shah Alam namun ntah bila ia akan sampai ke Nilai dan Putrajaya lagi kan? 
Baru lepas buka Frendster Cikla. Seorang kawan yg aku rindu sangat. Entah kemana dia dah pindah tanpa khabar berita. Marahkah dia pada aku? Apa yg dimarahkannya ye? Apa salah aku sebenarnya hinggakan dia tak contact aku pun. Biarlah jika itu lebih membahagiakan dirinya. 
Penat sangat hari ni. Bilik tak berkemas dan baju banyak tak iron lagi. Malas nak fikirkan sangat bikin sakit kepala je..
Esok mengadap bos yg sorang tu...huhu. Kerja bertambah lagi. Entahlah...menyampah pun ada bila kerja yg bukan kerja kita tapi kena buat atas dasar arahan. Aku tak tahu bila lagi aku akan bertahan di situ. Nak komen byk2 pun tak guna. Tapi aku tahu yg aku tak lama di situ cuma aku tak tahu berapa lama tuhan nak aku duduk di situ. Selepas seminggu aku berada di situ aku telah diberitahu oleh seseorang bahawa tempat itu cuma tempat untuk aku dapatkan pengalaman bukannya tempat kerjaya aku yg sebenarnya...
Antara percaya atau tak aku kena bersedia apa jua yg mendatang. Aku kena bersedia untuk pergi bila tiba masanya nanti. Kena bersedia tingggalkan orang yg aku sayang. Aku sayang semua orang tapi aku paling sayang pada 2 orang ini. Walaupun ada perangainya yg aku tak suka tapi realitinya dia salah seorang insan yg istimewa yg tuhan berikan pada aku untuk aku dapatkan ilmu daripadanya. Aku kena tinggalkan mereka biarpun jauh dalam hati aku nak mereka sentiasa berada dalam hidup aku. Perancangan tuhan melebihi segalanya kan?
Malam tadi aku menangis..sedih Tetiba teringatkan kakak seorang ni. Harap2 hidupnya lebih bagus selepas aku pergi dari hidupnya. Aku? Biarlah aku sendiri. Aku tetap sendiri walau dimana aku berada. Yg ada cuma tuhan yg sentiasa ikut aku kemana saja. ------------------------------------------------------------------------------------------
Eemmmm...ada satu hari tu, dia panggil aku sambil buka dia punya handpon mahal dia tu kan...aku tau la hp aku hp zaman tok kadok tp janganlah ngada2 dgn aku yg ko ada hp mahal..sakit ati ni tau tak??  Dia buka msg yg aku hantar kat dia...haha Aku tak tahu la nak cakap apa, dia suh aku tgk 2 msg aku hantar tu. Gile ke apa suh aku baca semula msg aku? Aku baca jelah nanti dia kecik ati plak. Aku buat muka bodo tak paham apa2...pastu dia bilang sama gua "msg ni boleh buat orang jiwa kacau"... haha, aku gelak dalam hati jelah, kang dia cakap aku gile lg susah kan?
Aku buat2 tanya "apa yg jiwa kacaunya?" Dia tanya aku balik.." tak paham?" Aku balas dgn gelengan kepala dan mimik muka tak faham. Dia bilang lagi "2 msg ni berbeza,lain tau maksudnya...bla..bla......" Dia pandang aku dengan pandangan yg aku tak tahu nak tafsir camne, tapi bila ingat semula mmg aku akan sengih sorang2..huhu Pastu dia tanya lagi "tau tak *** ** tgh buat apa masa tu?" Aku cakaplah "tak tahu" Dia balas " knp tak call je?" Aku macam biasalah bagi alasan yg aku anggap munasabah untuk dibuat perisai dpd diserang lagi... Arrghh...aku tak suka perbualan macam tu..menyirap darah aku kejap.
Tapi aku paling suka tgk muka yg dia masa tu, senyuman yg menarik susah nak dapat tgk reaksi muka camtu tau...
Tapi aku tak tau la apa pendapat dalam hati dia. Sukar untuk aku duga orang macam dia. Agaknya orang yg ada darah cina cam aku n dia ni mmg camtu kot? Sebab kakak aku pernah cakap yg dia susah nak baca aku...itu dulu la, masa aku n kakak macam sepasang kekasih.
Tapi aku peduli apa...ko suka ke tak suka ke, aku akan panggil gak camtu bila keadaan sesuai la. Janji aku dapat apa yg aku nak, tak salah kan? Lagipun bukan ko sorang je aku panggil camtu, dgn orang lain pun aku ada panggil camtu gak. Suka ati aku la...emmmm, ni kalau dia tau aku cakap camni mesti aku kena serang bertubi2 cam cite raksasa n otromen tu kan? haha... Tapi yg aku tak fahamnya kenapalah tangan dia gatal sangat nak cuit2 aku pasal apa tah...aku tahu dia saja je buat camtu. Sejak bila eh? Entah...aku tak ingat lah...takpelah dia nak bermanja kot cam kucing kat rumah datuk aku tu...ngengada sangat. Jgn lebih2 dah nanti kena tulah aku susah plak... Aku benarkan dgn niat yg satu itu...Amin 
Pulang dulu, mahu bersihkan diri dan mandi bunga..tapi sejuk la pulak malam ni kan?
Posted at 08:53 pm by iLaJauhari
Permalink
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|