Masih online walaupun embun pagi begitu sejuk. Inilah aku jika sudah mengadap internet, mata memang terbuka luas biarpun badan aku sakit dan tak cukup tidur.
Seketika membelek internet untuk mencari lokasi kursus pada 7 dan 8 Nov nanti di Intekma resort Shah Alam serta Yayasan Restu untuk kelas lanjutan ahad ini... Aku masih tiada kesempatan untuk menjelajah mencari tempat tersebut sebelum tarikh yg termaktub.
Minggu ini agak tenang untuk aku. Barangkali setelah aku bercuti ke rumah Mak Long di Melaka. Sudah bertahun aku tidak ke rumahnya, terasa asing juga untuk berinteraksi. Terima kasih untuk makanan yang sedap2 serta duit raya yg begitu banyak untuk aku yg seusia ini. Berjalan seketika mengambil angin di tepian pantai memang mendamaikan. Terasa begitu luas dunia ini...bau laut dan tiupan angin laut membawa segala kenangan yg pernah bertamu di hati...Aku pasti pergi lagi ke mana sahaja selagi ada pantai yang wujud di muka bumi ini...
Pulang dulu.
1:21am
Posted at 01:09 am by iLaJauhari