 |
Saturday, September 10, 2011
My last entry...
Hidup ni mmg singkat kan?
Pejam celik, aku dah masuk usia 30-an...
Aset apa pun aku belum ada setakat ni..rezeki aku lambat tak macam org lain kn?
Apa pun aku bersyukur dgn apa yg aku ada skrg.
Ada masanya di satu tahap, aku merasakan yg kematian itu begitu dekat.
Lebih2 lagi sejak arwah Suria pergi setahun yg lepas.
Lebih terasa selepas blood test yg aku buat sebelum puasa tempoh hari. Sampaikan aku terasa yg aku ni bila2 pun boleh pergi dari dunia ni.
Ermm..aku tak boleh nangis, sebab aku akan nangis berjam lamanya..
Tapi..dah bersedia ke aku?
InsyaAllah..minggu depan aku ke Kuantan, beraya di rumah zaity seterusnya ke Kemaman melawat kubur arwah dan menjenguk anaknya Qaseh.
Dlm usia pertengahan begini aku terasa byk perkara yg aku nak buat.
Sudah takdir hidup aku semuanya lambat untuk aku. Sedih tak tahu la nak cakap. Masa ni la aku sibuk nak belajar bermacam perkara, tak tertulis rasanya. Yg paling terdekat tiba2 terasa nak sambung belajar, nak bawa hati yg byk terluka sebenarnya, nak pergi jauh-jauh sebolehnya..cuma kekuatan itu belum ada.
Itu belum termasuk masalah keturunan keluarga yg byk belum terjawab..sampaikan aku pernah ckp kat adik aku, jom kita beli rumah kat oversea je..habis cerita!
Dalam masa yg sama kepala berligat fikir nak cari duit lebih, sebab ada banyak benda yg aku nak beli, lebih2 lagi sejak kebelakangan ni aku berminat pulak dengan barang2 branded...ermm? Gara2 aku dah ada internet di depan mata agaknya..huhu~
Masa ni juga la aku nak belajar english. Ingat lagi Kak Sham pernah bagitahu aku 4 tahun yg lepas. "Pergi panjat British Council tu...."
Arrghh...aku tak sekuat dia kan? Tgk aje skrg, dia masih boleh hidup tanpa aku kan? Walaupun pernah 1 ketika dia bagitahu yg dia tak kuat kalau aku tiada...bohong aje kan? Dia pun takde cari aku dah sampai sekarang...
Hampir 4 tahun aku merawat luka dihati baru sekarang aku kuat untuk tinggalkan Pantai Dalam. Sesekali melintas di situ pasti aku menjeling ke arah rumahnya,, biarpun hanya kereta dia yg aku nampak.
Memory replay terjadi lagi ketika aku di PHN ni..
Ikatan aku dgn Kak Sham begitu kuat agaknya kan?
Sampaikan aku tak cukup kuat untuk apply kerja lain. Kaki dan hati terikat di situ. Agaknya berapa lama masa yg aku ambil utk lupakan segala apa yg telah berlaku selama aku kerja?
Aku pernah kata pada dia..
Aku tak cukup kuat kalau dia tiada di situ...
Aku pernah bagitahu yg aku sayangkan dia..sampaikan dia pernah tanya yg aku sayangkan dia dan sanggup buat apa saja?
Dia byk berlakon untuk menutup emosinya. Org lain tak tau la perasan atau tak, tp aku adakalanya boleh selami apa yg dia rasa.
Tampak je dia hebat---mmg pun:-) tp hati aku berdetik..penakut juga dia ni, melarikan diri bila rasa dirinya tak mampu dan di luar kemampuan, lebih2 lg dgn aku..huh. Apa jenis lelaki dia ni? Ego tinggi melangit, tak pernah nak turunkan ego tu..ye tak? Orangnya sensitif sebenarnya, cuma dia byk bercakap dan gelak untuk menutup reaksi di jiwanya..
Bila org tnya aku tak nak cari kerja lain ke?
Boleh dapat gaji lg tinggi...
Mmg aku teringin ada gaji lg tinggi, siapa tak nak kan? Aku kan suka shopping..yey
Cuma apa yg aku tahu, aku sukakan sifat semulajadi yg tuhan telah anugerahkan padanya itu, yg tidak ada pd orang lain..sangat bernilai. Itu yg membuatkan aku terikat di situ..namun pro n kontra ttp ada...egonya terlalu tinggi.
Aku rindukan dirinya yg setahun lepas...
Esok aku ada dating dgn sue~
Kawan rapat aku masa di Maxisegar..kawan yg sama naik basikal untuk pg ke kelas...rindunya kat dia sebenarnya.
Aku tak ramai kwn yg rapat, tp bila aku rapat dgn seseorang, aku akan terus keep in touch dgn dia wlpn terputus hubungan utk seketika...sayang sue..sayang zaity..sayang arwah yg byk tolong aku dulu~ Semalam genap setahun dia pergi.
Sedihnya tak dapat jumpa dia untuk kali terakhir..nangis lagi aku..huuu~
Entry terakhir aku sebelum aku memulakan blog sendiri di komputer sendiri, hanya untuk tatapan sendiri...
Aku bagi masa utk diri melupakan segalanya untuk 1 thn je dari skrg..kemudian aku akan pergi. Cuma aku masih belum dapat petunjuk ke mana arah patut aku pergi.
Biarpun sejauh mana aku pergi, biarpun dirinya akan jauh daripada aku, yg pasti seluruh jiwa dan rohnya ttp berada dekat dan sentiasa ada dekat dgn aku...itu janji dia dgn aku sampai akhirat...aku pegang janji seorang lelaki!
Ameen~
Posted at 08:56 pm by iLaJauhari
Permalink
Sunday, June 26, 2011
Posted at 08:16 pm by iLaJauhari
Permalink
Saturday, February 26, 2011
Posted at 07:24 pm by iLaJauhari
Permalink
Sunday, December 26, 2010
Sekitar jam 14:30PM aku melangkah keluar dari rumah. Hati ingin ke The Mall, Mid Valley dan Times Square tapi tak tahu kemana nak tuju sebenarnya. Ketika dalam bas aku masih bermikir untuk ke mana dan akhirnya kaki aku melangkah ke Times Square.
Ramainya orang dan lebih 2 jam aku berada di sana menjejaki kamera dan jam tangan. Hati sudah berkenan dgn kamera yg satu tu, namun masih belum dapat ketemu jam yg menarik hati.
Perut yg lapar aku hanya isi dgn chocolate shake MacD. Lagipun hanya itu yg aku boleh minum. Tekak teringin akan deretan roti namun bila mengenangkan aku masih belum dapat mengunyah, aku lupakan hajat itu.
Hanya sehelai baju aku beli sebagai baju ulangan untuk kerja pada hjg minggu. Itupun dibeli pada harga yg amat berbaloi untuk aku yg dah mmg banyak baju ni.
Entah kenapa dalam 2 hari ni aku cepat mengantuk dan rasa nak tidur sangat. Kepala sakit sewaktu dlm bas tadi...entah sakit siapa yg aku terdownload...aduss. Nak mandi kopi malam2 skrg ni mmg sejuk, aku tak tahan dgn kesejukan air! ----------------------------------------------- 25 DEC 2010-SAT
Pulang dari kerja aku singgah ke lorong menghala ke Panorama Condo. Antara deretan kedai/restoren di situ ada satu kedai yang amat menarik perhatian aku. Enjin motor diberhenti dan kaki melangkah laju ke dalam kedai itu. Sesudah itu aku balik ketika matahari sudah hampir tenggelam.
Yummy...dinner aku a slice of cheese cake from secret recipe. Sedapnya...sbb dah lama tak makan kek..Syukur pada Dia yg masih beri aku nikmat rasa walaupun nikmat mengunyah hilang sementara sehingga gigi aku betul2 dah habis keluar nanti.
Pulang dulu...
Posted at 08:24 pm by iLaJauhari
Permalink
Friday, December 24, 2010
He's promise me 2 things...actually 3 items ermmm... The meaning of the promises so deep in my heart, mmg itulah yg hati aku mahukan biarpun pada aku janji yg kedua itu agak berat untuk dia kotakan pada awalnya. Aku tahu dia seorang yg berpegang pada janji namun amat terikat pada kata2, meaning that if the sentences like this, it;s must exactly like this. If next time i tell the same thing but in different sentences he will argue on that!
Ada orang cakap jika kita bagi nikmat pada orang lain, kita akan dapat nikmat itu semula dlm 10 kali ganda. Pernah sekali aku bertanya padanya apa yg boleh aku buat untuk menyeronokkan dia? Dia cakap takde, aku dah ****k dia pun dah cukup katanya.
Dia baik hati sebenarnya walaupun aku tahu masih ada orang lain yg lagi baik hati dpd dia. Untuk sembunyikan sifat dia yg satu itu, dia jadi seperti skrg ni la. Kelebihan2 lain yg mmg sudah tuhan anugerahkan pada dia itu menjadikan dia pusat rujukan dan PR. Biarpun adakalanya aku tak suka, nak tak nak kena terima jua. Cuma aku berharap dia dapat gunakan kelebihan yg dia ada tu ke arah yg lebih menguntungkan dirinya dan diri aku juga...ewaah, aku pun nak join gak ke? ekeekeke 
He promises me... Mana mungkin aku akan kehilangan seseorang untuk kali ke 2, dia mesti sentiasa dekat dgn aku biarpun satu hari nanti aku dan dia berjauhan...
Ngantuknya..
Posted at 09:45 pm by iLaJauhari
Permalink
Huhu... Sudah lama tak online baru hari ni dapat duduk bersantai depan internet sambil makan Cadbury Chocolate..yummy 
Hepi Birthday to me... Hadiah birthday aku untuk minggu ni adalah sakit gusi yg teramat sangat..aduss, langsung tak boleh mengunyah hanya bubur menjadi santapan tiap hari. Hingga ke hari ini gusi aku masih belum pulih sepenuhnya. Sakitnya berdenyut2 sampaikan tengah tidur pun boleh terjaga disebabkan sakit 
Doctor tu cakap gigi bongsu aku tak habis keluar, jadi dia nak keluar, jadi gusi yg tutup gigi aku tu halang dia nak keluar, tu yg sakit..ooo,ooo aku ingat dah habis gigi aku keluar, rupanya dia keluar sikit2
Menjelang malam ni siapa agaknya yg first htr mesej untuk wish birthday aku ye? Emmm....??
WED 22DEC2010
My first birthday gift given by him thank you so much. Ermm...tak boleh nak makan sebab gusi teruk benar sakitnya..waaa ------------------------------------------------------------------------
Miss her so much..last tuesday aku jenguk2 album semasa kemas bilik, terjumpa gambar aku dgn dia berdua di pantai Bagan Lalang. Tak sempat jumpa dia untuk kali terakhir. Rasa kesal dan macam2 lagi yg tersimpan dalam hati. Aku doakan semoga dia sentiasa bahagia di sana. Tuhan memang sayangkan dia yg baik hati kan? Dia la yg selalu bawa aku kalau ada reunion sekolah...lepas ni kalau ada reunion lagi aku kena pergi sendiri dan dia dah tiada untuk turut serta. Kalau boleh undur masa pasti aku turun ke Qtn untuk bertemu dengannya 
Sebelum Ramadhan 2010 menjelang...antara perbualan terakhir aku dgn dia.. Dia: Aku dalam kereta ni dengan Qaseh nak balik Qtn dari Kemaman. Aku: Ko dgn R** ke tu? Dia: Tak la aku drive ni, Qaseh ada sebelah... Aku: Laa yer ke...aku ingat R** yg drive.. .... Aku: Raya nanti datang la rumah aku.. Dia: Insyaallah, kalau aku balik kg R** aku boleh singgah rumah ko. Aku: Ko ingat lagi ke nak pergi rumah aku ni? Dia: Ingat lagi... .....end
Byk lagi kitaorg sembang, tentang sekolah, jodoh, kakak dia, kwn2 school, ttg kereta dia dan macam2 lagi..macam tak puas. Namun itulah kali terakhir aku dengar suara dia. Yg ada cuma kenangan yg tersimpan dalam memori  Terima kasih untuk segalanya  -------------------------------------------------------------------------
Esok mau kerja ke tidak? Birthday aku mesti la mau pergi jalan2 kan? Nak makan sedap2 gusi masih belum baik. Camne yer????
Pulang dulu..
Terima kasih untuk sekeping Coklat dan Ferroro Rocher...
Posted at 07:53 pm by iLaJauhari
Permalink
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|